Posted by: walywaly | April 7, 2009

My Suzuki FXR 150 condition

Nih aku upload gambar motor aku condition terbaru utk sape yg  berminat nak beli

RM4400 (negotiable)

dsc00134

dsc00135

dsc00137

Posted by: walywaly | March 2, 2009

blog ku yang bersawang….

walaupun dkat tempat aku ni..aku antara yang terawal menulis blog..tp blog akulah yang paling bersawang…hahahha

bukan tanak update blog…

tapi sbb bz bangat…

byk cerita2 best yang aku terlepas nk tulis…

pasal debat diraja..debat astar…majlis pemakaian pangkat..

mcm2 lg lah…erk…

Posted by: walywaly | June 21, 2008

Why Did Chicken cross the road?

Kindergarten teacher:
Because it wanted to get to the other side.


Aristotle:

It is the nature of chickens to cross roads.


Ronald Reagan:

I forget.


Arthur Andersen (consultant):

Deregulation of the chicken’s side of the road was threatening its dominant market position. The chicken was faced with significant challenges to create and develop the competences required for the newly competitive market. Andersen, in a partnering relationship with the client, helped the chicken by rethinking its physical distribution strategy and implementation processes. Using the Poultry Integration Model (PIM), Andersen helped the chicken use its skills, methodologies, knowledge, capital and experiences to align the chicken people, processes and technology in support of its overall strategy within a Program Management framework.


Richard M. Nixon:

The chicken did not cross the road. I repeat, the chicken did NOT cross the road.


Computer Programmer:

In order for the chicken to cross the road safely they would need more than one driver to access the server farm, if not they will hang in the middle of the road.


Jerry Seinfeld:

Why does anyone cross a road? I mean, why doesn’t anyone ever think to ask “What the heck was this chicken doing walking around all over the place anyway?”


Bill Gates:

I have just released the new Chicken Office 2000, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your checkbook.


Dr M:

You know, I am tired of all this…’apa-nama’ chicken-chicken bisnes…the foreign powers should stop intervening in our domestic affairs and just leave our chickens alone.. If they want to… ‘apa nama’ cross the road, they should be allowed to cross the road… Malaysia is a democratic country; we let our chickens do whatever they want to do… as long as they don’t threaten the Malay unity and try to topple the government…and if they plan to do so… we won’t hesitate to use the ISA…


Pak Lah:

Ini semua adalah khabar angin sahaja…jangan percaya khabar – khabar angin ini semua… biasalah ini adalah taktik pembangkang untuk memecah belahkan perpaduan ayam-ayam semua… jangan percaya… jangan percaya…


Sammy Vellu:

Ayyooyoo… belakang cerita lain kali, kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam musti guna jembatan untuk lintas itu jalan lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan, beritau sama saya juga, saya bolley buat lebbey banyak toll……..


Karam Singh Walia:

Seperti yang saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling hebat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan, sekian saya sudahi dengan………Ayam di jalan di lintaskan; Ayam di reban mati tak makan.


Colonel Sanders:

I missed one?


Bill Clinton:

I’ve had so many chicks, I can’t remember…


Wan Kamarudin:

Ape kejadahnyer ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam asyik menganga saje.


Zainal Ariffin Ismail:

Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampung ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampung ini. Apakah sebenarnya maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri, “Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri………”


Zainal Alam Kadir:

Ayam siapa kalau bukan ayam kita…”

Posted by: walywaly | June 18, 2008

lawak – jeruk mangga

Al-kisah tentang pelajar tahun enam di sebuah sekolah rendah yang menyambut hari guru. Masing – masing berebut – rebut nak memberi hadiah kepada cikgu kesayangan mereka, cikgu lina.

Apabila loceng tamat kelas dibunyikan, beraturlah murid tahum Enam Gigih untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka itu. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah.

Tibalah giliran Leha, ketua kelas, dengan kotak yang bersaiz besar dan cantik, lain dari yang lain menghulurkan hadiah tersebut kepada Cikgu Lina.

Tapi sebelum itu, sambil tersenyum simpul si Leha meminta cikgunya meneka isi kandungan kotak itu.

Maka jenuhlah Cikgu Lina meneka. Bermula dengan kek sampailah kepada lampu tidur, semuanya disambut dengan gelengan kepala si Leha tanda salah.

Dengan tidak semena – mena, ada cecair yang meleleh dam menitis dari bucu kotak itu. Dengan lajunya, Cikgu Lina mencalit titisan cecair itu dengan jarinya lalu memasukkan kedalam mulutnya dan merasa.. “Hmmmm…..masam. …ha…. cikgu tau dah…kamu hadiahkan ccikgu jaruk mangga ye. Mana kamu tahu favourite cikgu ni? Pandainya…

“Errrr….sebenarny a kan cikgu…saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING,” terang Leha sambil bersedia nak blah……

Wednesday, June 18, 2008


Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar
majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel
menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms
84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut
sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh
pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah
memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan
tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan
panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan
tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut
mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2
yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita
mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama
Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun
yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan
pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah
beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai
dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi
penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang
datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut.
Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah
Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23
Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena,
Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan
pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas
dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk
memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya
sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari
tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki
ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz
Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot
yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan
keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan
ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama
Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk
agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam
barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin
Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti
penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini.
Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

Posted by: walywaly | June 15, 2008

PERHATIAN UnTuK laki2 dan pompuan….

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri…
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.  Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan
rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan
seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah  bukan tempat kita untuk
berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini,          fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t’jawab utk anda memperbaikinya….InsyaAllah

Posted by: walywaly | March 21, 2008

CERITA MENARIK TENTANG MB BARU PERAK…

Assalamualaikum. …..
>
> E.mail dari seorang sahabat…
>
>
> Baru balik dari sebuah kampung yang telah dilawati
> oleh Menteri Besar Perak yang baru. Ia merupakan
> satu lawatan tidak rasmi….satu ziarah ke atas
> keluarga mangsa kilang tepung yang terbakar dan
> meletup di Lumut semalam. Mangsa telah disemadikan
> malam semalam.
>
>
> Aku tumpang berbangga kerana hari ni telah
> berpeluang mengiringi YAB MB Perak yang baru…..U
> all nak tahu…..”radio car” pun dok belakang kereta
> aku tau…hehehheheh pasal aku dok depan sekali
> mengiri rombongan MB tersebut. Dalam pada tu….ada
> jugak orang2 kampung yang berasa hairan dengan
> kehadiran polis2 yang mengiringi YAB MB Perak
> tersebut…. .sebelum sampai rumah keluarga
> tersebut, siap bunyi siren lagi. Orang2 kampung rasa
> heran pasal ada radio car…..apa depa ingat MB
> selain BN tak berhak dilayan macam tu
> ker…..hapaaaa punya pemikiran. He is still our MB
> no matter from which party he came from…..Keep in
> mind MB ialah Ketua Eksekutif dalam negeri bukannya
> Ketua Parti dan bukan hanya mewakili mana2 parti
> sahaja.
>
>
> Aku berpeluang dok dekat MB masa kat dalam rumah
> keluarga mangsa tu. He is very,very,very humble
> person….masuk2 terus dok bersimpuh dan jumpa
> dengan keluarga mangsa. Supprisingly. …tiba-tiba
> dia terus mengetuai bacaan Tahlil.
>
>
> Tanpa kusedari…. .aku sebak dan terus menitiskan
> air mata …..bukan kerana sedih dengan kehilangan
> mangsa (aku pun tak kenal sangat dengan family tu)
> tetapi kerana tindakan MB tu sendiri yang jarang2
> kita lihat ada pada pemimpin2 lain. Mungkin situasi
> ni dah jadi biasa di kalangan pemimpin2 di Kelantan
> tapi bagi kami yang di Perak ni mungkin agak asing
> dan belum pernah lagi tengok dilakukan oleh MB2
> Perak lain yang sebelum ni (sejak aku dilahirkan di
> dunia ni laaaa). Touching sangatttt, dengan anugerah
> dari ALLAH tu.
>
>
> Walaupun ia merupakan satu pertemuan yang cukup
> singkat tetapi kesannya cukup mendalam bagi
> diriku…mungkin orang2 lain yang hadir dalam majlis
> ringkas tu tadi turut merasai apa yang aku
> rasa…..Dengan “tersentuhnya” hati-hati yang hadir
> dalam majlis itu tadi, moga2 ianya akan meningkatkan
> lagi ketakwaan kita pada Allah….InsyaAllah .
>
>
> Macam biasalah…. aku tetap tak kan melepaskan
> detik2 manis bersama YAB MB begitu saja. So….aku
> sempatlah capture few photo dan juga ucapan ringkas
> YAB MB sebelum keluar dari rumah mangsa untuk
> dikongsi bersama u all semua.
>
>
> Keluar2 rumah….terus “diserbu” oleh TV3. YAB MB
> terus ditemuramah oleh TV3 & aku pun tumpang sekaki
> dok dekat2 YAB MB….hehheheheh. Tapi dalam hati aku
> terus berkata2 ” boleh pecaya ker dengan TV3
> ni……temuramah dekat 5 minit…..kluaq tv,
> tinggal 3 saat..hahahah. Pada aku….budak2 TV3 tu
> cukup bagus dan seronok dengan MB baru tapi bila
> sampai ke tangan Penerbit…. paham2lah. Silap ari
> bulan gambaq pun jadi still….hehehe. Last2 pembaca
> berita jer yang bercakap ” MB Perak berkata….. bla
> bla bla”, sampaikan kita nak dengaq suara MB pun tak
> dapat….kejam. …kejam
>
>
> Hangpa buatlah camtu sampai bila2 TV3 ooooooiiiii.
> …dah terbukti tindakan hangpa yang melaporkan
> berita yang berat sebelah tu telah berjaya
> menumbangkan BN yang cukup ” Power Rangers ” satu
> ketika dulu. Rakyat sekarang tak lagi kempunan kalau
> tak dapat tengok berita hangpa kerana dah banyak
> media2 lain yang boleh dijadikan pilihan…..
> .TVKelantan ada, TVPAS ada and off course YouTube
> macam2 ada, MalaysiaKini, MalaysiaToday dan banyak
> lagi…..
>
>
> Rasa2 cukuplah sampai di sini dulu…..dan sudah
> pasti berita yang aku sampaikan ni ahead daripada
> mana2 berita yang dikeluarkan oleh RTM mahupun TV3.

Posted by: walywaly | March 19, 2008

SEBAB2 PERLU KAHWIN….

Udin baru berusia 4 tahun. Dia tahu
yang minggu depan kakaknya yang sulung
akan berkahwin.

“Kakak….kenapa akak mesti kahwin?”
Tanya Udin petah.

“Nanti Udin dah besar, Udin tau
sendiri la….”, jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan
jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan
bertandang ke rumah Harun dan Karim
apabila balik dari kelas mengaji
Quran. Harun dan Karim merupakan
sahabat baik dan mereka menyewa sebuah
rumah berhampiran dengan rumah
keluarga Udin. Mungkin kerana sama-
sama masih teruna, Udin selesa duduk
melepak di rumah Harun dan Karim
walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang
tersebut, Harun dan Karim sedang asyik
menonton cerita kegilaan mereka, CSI-
Vegas.

“Harun, kau tolong garu belakang aku!
Aduh, gatalnya!” Pinta Karim.

“Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh
kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh
gak bini kau tolong garu belakang.”
Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gembira.
Kini dia sudah dapat jawapannya.

“Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak
kahwin!” Kata Udin dengan girang.

“Sebab apa?” Tanya Kakak Udin.

“Sebab gatal belakang!” Jawab Udin
yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan
Udin dengan kakaknya itu menyampuk,

“Salah nak…sebenarnya gatal
depan….”

kah kah kah…mana2 kakak yg dah sampai masa tu silalah kawen yek… :P

Posted by: walywaly | March 19, 2008

Bapa2 Berwawasan

 
 

1.Tunku Abdul Rahman – Bapa Kemerdekaan

2.Tun Abdul Razak – Bapa Pembangunan

3.Tun Hussein Onn – Bapa Perpaduan

4.Tun Dr. Mahathir Mohammad – Bapa
Pemodenan

5.Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi – Bapa Mertua Khairy

Posted by: walywaly | March 14, 2008

SEDIKIT CERITA KELAKAR UNTUK ANDA…

CERITA 1

Di sebuah kg ada 3 org remaja yang suka
lepak.
seorang tu nama dia Ali, seorang tu
Budin dan
seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam tak senang duduk.
pada satu hari tok imam tu datang dengan
niat nak
tarbiyah depa ni. Maka berlakulah
beberapa insiden
cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu
ke surau
waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata,
“Tok imam
ingat eden semuo ni jahil sangat ke?
Takpa, nanti
eden semuo buktikan yang eden semuo
bukan lah
jahil sangat seperti yang disangkakan”.
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib
pegilah
malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun
suruh Ali
azan. Tanpa berlengah terus saja Ali
azan, “Allah
Ta’ala… Allah Ta’ala…” dengan segera
tok imam
merampas mikrofon daripada Ali &
menyuruh tok
bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam
pun mengangkat takbiratul ihram. Tok
imam pun
satu hal, angkat sekali tak khusyuk,
angkat 2x pun
tak khusyuk juga lagi.. Masuk saja kali
ketiga,
Budin panggil tok imam. “Tok, tok duduk kat
belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun
undur lah ke belakang.
Budin pun angkat lah takbiratul ihram.
“Allahu
akbar!” Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram &
memulakan solat. tiba-tiba saja si Budin
ni pusing
ke belakang dan berkata, “Aa, tengok!
Sekali jee
tokkkk!!” lalu batallah solat Budin.
yang lain-lain
pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.
Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi
imam. Si
Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula
dari takbir
sampai lah habis sembahyang. Siap dengan
wirid2nya sekali.
Punyalah respect tok imam kat si Ciko
niii… Lepas
solat, tok imam pun puji-memuji leee si
Ciko ni…
Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata,
“He hee,
itu belum ambil wuduk lagi tu.
Kalau tak, lagi dassat eden sembahyang.
He heee…”
Tok imam pun terkedu & terpana

CERITA 2

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku
menghadiri
satu majlis akad nikah kawan pada kawan ku.
Waktu tu aku bercuti di kampung dia.
Jadi bila ada
kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku
sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu
majlis akad
nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai
orang aku
tengok, sambil duduk bersila
mengelilingi Tok Kadi
dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin
tu duduk
atas bantal macam raja. Aku jarang
tengok majlis
macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun
mengesot
sikit-sikit untuk dengar apa yang Tok
Kadi akan
tanya. Rupanya macam-macam jugak Tok Kadi
tanya. Tapi ada satu soalan yang
menyebabkan aku
malu besar…
Tok Kadi tanya pasal satu hari berapa
kali kene
sembahyang, dengan lajunye Mamat
pengantin tu
jawab “Lima”. Tok Kadi tanya lagi, bagi
contoh-
contoh najis kecil (ringan), dia pun
jawab kencing
baby yang kecik-kecik lagi. Tok Kadi pun
angguk
ler, jadi aku rasa jawapan tu OK la kut.
Tok Kadi tanya lagi contoh najis besar
(berat),
Mamat tu mula dah panik, jeling kiri,
jeling kanan,
mula tengok syiling, aku rasa macam nak
tolong je
Mamat pengantin tu… bukannye susah,
jawapannya
anjing ngan babi je… tapi Mamat tu dah
mula
berpeluh jantan keluar kat dahi… Tok
Kadi mula
senyum…
Aku sebut dalam hati moga-moga dia dengar:
‘Anjing ngan babi la hoi….!’, tapi
rupanya aku cakap
dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu
apa yang
jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi
kecoh kerana
ramai orang yang berada di sekeliling
majlis tu
sambil minum air sirap, tersembur keluar
minuman
tu terkena baju ramai orang, aku pun
sama, masa
tu aku tengah minum sirap tu, tiba-tiba aku
semburkan balik, dah kene member kat
tepi-tepi,
kecoh jadinya, aku kesat mata aku, penuh
dengan
air mata.
Yang aku ingat masa Tok Kadi tanya tentang
contoh najis besar kat pengantin tu
keadaan senyap
sunyi…. Tapi bila pengantin tu jawab
“Taik Gajah..!”
suasana jadik hingar bingar dengan gelak
ketawa
orang yang dah tak boleh tahan, nak control
macamana … taik gajah… besar betul!!

Older Posts »

Categories