Posted by: walywaly | March 21, 2008

CERITA MENARIK TENTANG MB BARU PERAK…

Assalamualaikum. …..
>
> E.mail dari seorang sahabat…
>
>
> Baru balik dari sebuah kampung yang telah dilawati
> oleh Menteri Besar Perak yang baru. Ia merupakan
> satu lawatan tidak rasmi….satu ziarah ke atas
> keluarga mangsa kilang tepung yang terbakar dan
> meletup di Lumut semalam. Mangsa telah disemadikan
> malam semalam.
>
>
> Aku tumpang berbangga kerana hari ni telah
> berpeluang mengiringi YAB MB Perak yang baru…..U
> all nak tahu…..”radio car” pun dok belakang kereta
> aku tau…hehehheheh pasal aku dok depan sekali
> mengiri rombongan MB tersebut. Dalam pada tu….ada
> jugak orang2 kampung yang berasa hairan dengan
> kehadiran polis2 yang mengiringi YAB MB Perak
> tersebut…. .sebelum sampai rumah keluarga
> tersebut, siap bunyi siren lagi. Orang2 kampung rasa
> heran pasal ada radio car…..apa depa ingat MB
> selain BN tak berhak dilayan macam tu
> ker…..hapaaaa punya pemikiran. He is still our MB
> no matter from which party he came from…..Keep in
> mind MB ialah Ketua Eksekutif dalam negeri bukannya
> Ketua Parti dan bukan hanya mewakili mana2 parti
> sahaja.
>
>
> Aku berpeluang dok dekat MB masa kat dalam rumah
> keluarga mangsa tu. He is very,very,very humble
> person….masuk2 terus dok bersimpuh dan jumpa
> dengan keluarga mangsa. Supprisingly. …tiba-tiba
> dia terus mengetuai bacaan Tahlil.
>
>
> Tanpa kusedari…. .aku sebak dan terus menitiskan
> air mata …..bukan kerana sedih dengan kehilangan
> mangsa (aku pun tak kenal sangat dengan family tu)
> tetapi kerana tindakan MB tu sendiri yang jarang2
> kita lihat ada pada pemimpin2 lain. Mungkin situasi
> ni dah jadi biasa di kalangan pemimpin2 di Kelantan
> tapi bagi kami yang di Perak ni mungkin agak asing
> dan belum pernah lagi tengok dilakukan oleh MB2
> Perak lain yang sebelum ni (sejak aku dilahirkan di
> dunia ni laaaa). Touching sangatttt, dengan anugerah
> dari ALLAH tu.
>
>
> Walaupun ia merupakan satu pertemuan yang cukup
> singkat tetapi kesannya cukup mendalam bagi
> diriku…mungkin orang2 lain yang hadir dalam majlis
> ringkas tu tadi turut merasai apa yang aku
> rasa…..Dengan “tersentuhnya” hati-hati yang hadir
> dalam majlis itu tadi, moga2 ianya akan meningkatkan
> lagi ketakwaan kita pada Allah….InsyaAllah .
>
>
> Macam biasalah…. aku tetap tak kan melepaskan
> detik2 manis bersama YAB MB begitu saja. So….aku
> sempatlah capture few photo dan juga ucapan ringkas
> YAB MB sebelum keluar dari rumah mangsa untuk
> dikongsi bersama u all semua.
>
>
> Keluar2 rumah….terus “diserbu” oleh TV3. YAB MB
> terus ditemuramah oleh TV3 & aku pun tumpang sekaki
> dok dekat2 YAB MB….hehheheheh. Tapi dalam hati aku
> terus berkata2 ” boleh pecaya ker dengan TV3
> ni……temuramah dekat 5 minit…..kluaq tv,
> tinggal 3 saat..hahahah. Pada aku….budak2 TV3 tu
> cukup bagus dan seronok dengan MB baru tapi bila
> sampai ke tangan Penerbit…. paham2lah. Silap ari
> bulan gambaq pun jadi still….hehehe. Last2 pembaca
> berita jer yang bercakap ” MB Perak berkata….. bla
> bla bla”, sampaikan kita nak dengaq suara MB pun tak
> dapat….kejam. …kejam
>
>
> Hangpa buatlah camtu sampai bila2 TV3 ooooooiiiii.
> …dah terbukti tindakan hangpa yang melaporkan
> berita yang berat sebelah tu telah berjaya
> menumbangkan BN yang cukup ” Power Rangers ” satu
> ketika dulu. Rakyat sekarang tak lagi kempunan kalau
> tak dapat tengok berita hangpa kerana dah banyak
> media2 lain yang boleh dijadikan pilihan…..
> .TVKelantan ada, TVPAS ada and off course YouTube
> macam2 ada, MalaysiaKini, MalaysiaToday dan banyak
> lagi…..
>
>
> Rasa2 cukuplah sampai di sini dulu…..dan sudah
> pasti berita yang aku sampaikan ni ahead daripada
> mana2 berita yang dikeluarkan oleh RTM mahupun TV3.


Responses

  1. alhamdulillah. semoga pemerintahan Perak sekarang diberkati.. amin… (bangga aku jd anak perak) huhu

  2. semue pemimpin ade style masing2..bila tun dr mahathir lawat kampung aku pun dia duk atas lantai (kami 1 kg)…bergantung pada diri pemimpin itu sendiri..
    kita xboleh nilai org dari luar…
    kenal dulu seseorang dgn mendalam sblm nilai dari luaran

  3. InsyaAllah negeri ini bakal dilimpah berkat..

  4. itulah dia pemimpin sejati,berilmu dunia&akhirat.aku rasa cukup bangga dgn apa yg berlaku.sbg anak perak ,aku tabik spring pd YAB MB PERAK .Maksud HADIS RASUL (SAW):sesungguhnya rakyat itu mengikut AGAMA\CARA HIDUP pemimpin mrk……….RENUNG2KAN…….

  5. hope sume pemimpin cam 2…klu la aku da kat tmpt ko,aku pun akan trharu

  6. MB perak baru memang best!


Leave a response

Your response:

Categories