Posted by: walywaly | September 19, 2007

KECANTIKAN YANG AKAN KEDAM….

 

Oleh Dr Tuah Iskandar Al-Haj

Saya teringat satu kisah yang menimpa seorang ulama sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Al maklum, tandas di dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala dia sedang mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan segera menegurnya.

Pramugari: (Dengan suara dikeraskan) Tuan tak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu.

Ulama: Mengapa?

Pramugari: Kotorlah sinki itu nanti.

Ulama: Tapi tidak disediakan gayung untuk saya mencuci kaki di mangkuk tandas.

Pramugari: Itu bukan alasan membasuh kaki di sinki.

Ulama: Habis, kalau saya hendak membasuh kaki di mana harus saya membasuhnya?

Pramugari: Tak perlu mencuci kaki ketika menaiki kapal terbang.

Ulama: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: Tuan, orang macam saya paling tidak cuci muka sekali atau dua kali sehari. Takkan tuan tak tahu pramugari macam kami perlu jaga penampilan wajah. Kami kena rawat wajah kami setiap masa. Kami kena pastikan orang puas hati walau hanya dengan melihat wajah kami.

Ulama: Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, satu kali cuci tiga kali berturut-turut, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Jawapan seperti ini bukanlah pula hendak merendah-rendahkan orang lain tetapi sekadar membuat perbandingan ciri orang beriman bersama bukti dengan orang beriman tanpa bukti. Orang yang beriman bersama bukti, walau apa pun keadaannya dia akan lakukan semua kewajipan biarpun susah, sebaliknya orang beriman tanpa bukti berpegang teguh pada suara hati tetapi tidak sanggup atau kecundang tatakala diberikan sedikit ujian.

sempena bulan puasa ni elok jgak aku perbanyakkan rencana rencana agama dalam blog nih….(^_^)

Posted by: walywaly | September 19, 2007

GAMBAR KAHWIN PUAN DIANA

dia.jpg

hehehe..

mesti ramai yang heran cmana aku leh dapat gambar kahwin puan Diana nih (lectre EMT)…suspen2…

tgk husband dia smartkan?ada mcm raja Brunei x?

hehehehe

Posted by: walywaly | September 17, 2007

KESINAMBUNGAN KISAH GATING 2 HARI LEPAS….

 tlg la jgn bg beban kat aku lg….

tlg la jgn bg beban kat aku lg….

Ini kesinambungan daripada diari gating aritu…

Seperti yang aku dah agak sebelum ni,akan ada masalah yang timbul selepas jalani hukuman….akan ada pihak yang tak puas hati mengapa ada pihak yang diketengahkan dan mengapa ada yang tak …

Minta maaf kepada sesiapa yang tidak puas hati,aku dah cuba yang terbaik untuk puaskan hati org yang sanggup bersusah payah datang tiap waktu,hati orang yang datang jarang2,hati orang yang berusaha minta tolong dari aku cari pengganti.

Untuk menyiapkan senarai kehadiran,aku x sempat tidur langsung semalam(hyperbola ja ni) aku tdo jgak lpas sahur,semata-mata nak buat satu senarai yang dapat memuaskan hati kebanyakan pihak yang terlibat..

Secara literalnya,

aku bahagikan kumpulan pesalah- pesalah gating ni kepada 4 golongan:

1)Mereka yang datang setiap kali dalam setiap waktu gating yang ditetapkan

2)Mereka yang datang tapi bukan setiap waktu (means depa tuang kerap jgak)

3)Mereka yang tidak datang tapi menghantar pengganti

4)Mereka yang tidak datang langsung dan tidak ambil endah terhadap hukuman yang dikenakan

Alhamdulillah dan syabas kepada rakan2 yang berada dalam golongan pertama.Sesungguhnya anda berada di dalam golongan orang yang baik dan Insya Allah saya doakan anda tidak akan menerima hukuman sebegini lagi… Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk berhijrah ke arah kebaikan selepas ini.Ameen.

Bagi mereka yang berada di golongan ke2,aku dah cuba tolong sekadar yang termampu. Contohnya Mohd X, hanya hadir gating 2 kali,aku dah tlg alter bahagian kehadiran dia sampai jadi 4 kali….dah 3 dosa aku dapat,pertama; menipu OC,kedua; menipu guard,ketiga; aku bersikap tidak adil kepada rakan-rakan pesalah yang sanggup datang tiap waktu gating. Contoh kedua,Mohd Y,hadir 3 kali,aku alter jadi 6 kali. Lagi 3 dosa aku dapat…

kita semua ada 52 orang,xkan lah aku nak tolong semua… lg banyak la penipuan aku kna buat.. aku cuma mampu tlg kepada mereka yang berusaha sahaja…

Bagi mereka yang berada di golongan ke3, nasib mereka adalah sama seperti dalam golongan ke2.Aku menolong mereka sekadar termampu kerana mereka berusaha minta tolong org jadikan pengganti kepada mereka.Ada juga antara mereka yang mintak tolong aku carikan pengganti dan telah aku usahakan.Bagi kumpulan ini,aku x mengharapkan sesuatu pemberian,cuma harap korang akan faham beratnya beban yang aku pikul untuk menolong korang…itu sudah memadai..

Penyelesaian : kepada golongan ke2 dan ke3 ini,aku telah menghasilkan satu slot gating tambahan pada petang Sabtu 1730 dan 1830.Aku membuat kenyataan bahawa korang ni telah sanggup buat gating tiap 1 jam pada waktu itu.Sebab tu korang akan terkejut bila tgk dalam list kehadiran,orang yang datang cuma 3 kali boleh jadi 6 kali secara tiba2.Anggaplah ini sebagai penghargaan aku dkat korang kerana korang ada usaha jugak untuk turun

Dan ulasan aku yang terakhir adalah kepada golongan ke- 4,korg semua agak menyakitkan hati banyak pihak.Dahla tak datang langsung,korg x berusaha nk mintak tlg sapa2 ka?korang nampak mcm x concern.Kalo korg sanggup datang even skali pun.Aku dah boleh tlg korang sepertimana aku tolong golongan ke2.Aku kena adil jgak dgn 3 golongan yang di atas ni sebab mereka ada rasa concern dalam diri.Terdapat jurang yg amat besar antara korang dengan kumpulan lain menyebabkan aku decide untuk tidak dapat menolong korg…

Dan yang terakhir sekali dengan kumpulan 4 ni….,walaupun aku ngn golongan pertama,kedua dan ketiga ni agak kurang puas hati ngn korang.Kalo nk ikut marah sampai bila pun x setel.Setelah aku diskus dgn oc,korang x perlu lah dihadapkan ke co.Takut2 nti korang masuk dalam list kena buang kang.Sebab ada ura-ura kata kita ni dalam proses nk buang org.Kalo x pcaya korg dgr sniri dato’ Ramlan ckp masa dia dtg UPNM 20 Sept ni.Sapa yang agak byk kes tu jaga2 la..Korg x perlu risau,korg cuma perlu gating ja next week.Setel.Habis citer.Kiranya tu lastlah yang aku bley tlg,masa diskus dgn oc td..

Rumusan:Sepanjang gating yang aku pernah sertai(mcm pertandingan la plak),gating kali ni merupakan yang paling berat sebabnya;

1)Aku kena jadi I.C sampai ada surat perintah dilekat depan lif suruh aku buat laporan.

2)Lawatan mengejut oc ketika yang hadir cuma 6 orang daripada 52 org membuatkan dia makin x percaya pada pesalah

3)Oc call guard room tiap kali kami gating untuk kepastian strength menyebabkan staf terpaksa jadi skema dengan kami.

4)Staf jadi cuak nak tolong skipkan gating kami,cuak untuk buat tidak endah kepada strength yang melapor,everything diorg terpaksa proper sebab takut kantoi ngn oc…

5)Pesalah yang melapor terlampau sedikit kdg-kdg 6/52 orang,12/52 orang dan paling byk pernah capai 24/52 orang(ini data yang jujur punya la).Lt Kdr Hardy (duty officer) yang dok kat guard room waktu tu, tgk dari jauh pun dia dah taw strength kita.So xleh la aku nk alter lapor kat dia waktu tu.

konklusinya…..berat giler jadi ic nih…yang plg berat adalah untuk jadi adil pada sumer org. Aku dah bertobat tanak jd lg….buat tambah dosa aku mengelentong ja

Posted by: walywaly | September 16, 2007

AKU dan MUZIK

 Keyboard baru aku…

Keyboard baru aku…

sepanjang 1-2 Setember lepas…

pergi lawan nasyid dekat UNIMAP(Univ. Malaysia Perlis) sempena festival nasyid kemerdekaan IPTA.Frust jgak kitorang kalah,coz 2 weeks sebelumnya kitorg jd champion masa lawan dekat MMU(Multimedia University) Cyberjaya

tapi.. apa yang aku nk highlightkan kat c ni…

JENG JENG JENG…..Keyboard baru beli…huhuhu.Aku beli dekat Wang Kelian,Perlis..murah giler!

Sekarang ni aku tgh dok asyik training jari…jari aku keras sangat…kalo takat ilmu teori muzik untuk main keyboard ni aku dah agak knowledgeble dah…huuhuhu,boleh la nak citer pasal treble cleff,bass cleff,appregio…etc

Posted by: walywaly | September 16, 2007

DIARI GATING – HARI TERAKHIR

Ketua budak jahat tgh pikir mcmana nk terus buat jahat (mengelentong o.c)huhuhuKetua budak jahat tgh pikir mcmana nk terus buat jahat (mengelentong o.c)huhuhuhu

YeYe…
arini habis lah hukuman gating yang aku kena…
penat jgak melapor kat guard room tiap 4 jam start jumaat 830 mlm sampai Ahad 1230 tghari
bulan posa tapa ni..
nilah akibat tak turun baris pagi Rabu(12/9) yang lepas..

aku dilantik menjadi i.C untuk 52 orang budak jahat yang dikenakan hukuman tu..
huhuhu… OC aku (Mej Aziz Rimau) lantik
berat giler beban atas bahu ni….kadang2 tu yang melapor kat guard room tu cuma 6 org daripada 52 org…yang lain pakat tuang abis..
apa aku nk jawab ngn oc ni…. ?

GATING : istilah hukuman dalam ketenteraan di mana pesalah dikehendaki melapor ke pondok pengawal setiap 2,3 atau 4 jam sekali mengikut apa yang telah diarahkan oleh pegawai atasan berpakaian medan lengkap

OC : Pegawai yang menyelia

i.c: identity card? bukan la….
tapi in-charge kira mcm ketua la tu…

tuang : mencilok,absent

Posted by: walywaly | September 14, 2007

PIZZA HUT RAMADHAN SET

Ramadhan Set

Ramadhan Set

Hari Jumaat (14/9) lepas,aku, Jali ngan Faisal g berbuka puasa dekat Pizza Hut Ampang Park .

Kitorang amik Ramadhan set utk 4 – 5 org.tapi yang balun 3 org jer…paham2 je la..huhuhu.sumer skali RM 61 termasuk cukai (ok la kan makan ramai2) Menu dia:

1 large hawaian chicken extra piza

1 butter rice with sweet & sour prawn

2 Thai Tuna Roll

1 vanilla ice cream puff

4 soups

1 pitcher Pepsi

Alhamdulillah…kenyang! kenyang!

confirm la perut Jali yang paling lambat kenyang sebab perut dia besar…hahahaha

Posted by: walywaly | September 11, 2007

airforce.jpg

Jamuan yang cekik org…

Tahun ni jamuan buat dekat Kelab Rekreasi Tentera Udara,Subang. Dato’ Naib canselor ngn datin pun datang..

Satu kepala RM 60…mahal giler…

Makan Kambing panggang je banyak… yang lain2 tu makanan standard jamuan biasa2 ja…

« Newer Posts

Categories