KESINAMBUNGAN KISAH GATING 2 HARI LEPAS….

Posted: September 17, 2007 in Uncategorized

 tlg la jgn bg beban kat aku lg….

tlg la jgn bg beban kat aku lg….

Ini kesinambungan daripada diari gating aritu…

Seperti yang aku dah agak sebelum ni,akan ada masalah yang timbul selepas jalani hukuman….akan ada pihak yang tak puas hati mengapa ada pihak yang diketengahkan dan mengapa ada yang tak …

Minta maaf kepada sesiapa yang tidak puas hati,aku dah cuba yang terbaik untuk puaskan hati org yang sanggup bersusah payah datang tiap waktu,hati orang yang datang jarang2,hati orang yang berusaha minta tolong dari aku cari pengganti.

Untuk menyiapkan senarai kehadiran,aku x sempat tidur langsung semalam(hyperbola ja ni) aku tdo jgak lpas sahur,semata-mata nak buat satu senarai yang dapat memuaskan hati kebanyakan pihak yang terlibat..

Secara literalnya,

aku bahagikan kumpulan pesalah- pesalah gating ni kepada 4 golongan:

1)Mereka yang datang setiap kali dalam setiap waktu gating yang ditetapkan

2)Mereka yang datang tapi bukan setiap waktu (means depa tuang kerap jgak)

3)Mereka yang tidak datang tapi menghantar pengganti

4)Mereka yang tidak datang langsung dan tidak ambil endah terhadap hukuman yang dikenakan

Alhamdulillah dan syabas kepada rakan2 yang berada dalam golongan pertama.Sesungguhnya anda berada di dalam golongan orang yang baik dan Insya Allah saya doakan anda tidak akan menerima hukuman sebegini lagi… Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk berhijrah ke arah kebaikan selepas ini.Ameen.

Bagi mereka yang berada di golongan ke2,aku dah cuba tolong sekadar yang termampu. Contohnya Mohd X, hanya hadir gating 2 kali,aku dah tlg alter bahagian kehadiran dia sampai jadi 4 kali….dah 3 dosa aku dapat,pertama; menipu OC,kedua; menipu guard,ketiga; aku bersikap tidak adil kepada rakan-rakan pesalah yang sanggup datang tiap waktu gating. Contoh kedua,Mohd Y,hadir 3 kali,aku alter jadi 6 kali. Lagi 3 dosa aku dapat…

kita semua ada 52 orang,xkan lah aku nak tolong semua… lg banyak la penipuan aku kna buat.. aku cuma mampu tlg kepada mereka yang berusaha sahaja…

Bagi mereka yang berada di golongan ke3, nasib mereka adalah sama seperti dalam golongan ke2.Aku menolong mereka sekadar termampu kerana mereka berusaha minta tolong org jadikan pengganti kepada mereka.Ada juga antara mereka yang mintak tolong aku carikan pengganti dan telah aku usahakan.Bagi kumpulan ini,aku x mengharapkan sesuatu pemberian,cuma harap korang akan faham beratnya beban yang aku pikul untuk menolong korang…itu sudah memadai..

Penyelesaian : kepada golongan ke2 dan ke3 ini,aku telah menghasilkan satu slot gating tambahan pada petang Sabtu 1730 dan 1830.Aku membuat kenyataan bahawa korang ni telah sanggup buat gating tiap 1 jam pada waktu itu.Sebab tu korang akan terkejut bila tgk dalam list kehadiran,orang yang datang cuma 3 kali boleh jadi 6 kali secara tiba2.Anggaplah ini sebagai penghargaan aku dkat korang kerana korang ada usaha jugak untuk turun

Dan ulasan aku yang terakhir adalah kepada golongan ke- 4,korg semua agak menyakitkan hati banyak pihak.Dahla tak datang langsung,korg x berusaha nk mintak tlg sapa2 ka?korang nampak mcm x concern.Kalo korg sanggup datang even skali pun.Aku dah boleh tlg korang sepertimana aku tolong golongan ke2.Aku kena adil jgak dgn 3 golongan yang di atas ni sebab mereka ada rasa concern dalam diri.Terdapat jurang yg amat besar antara korang dengan kumpulan lain menyebabkan aku decide untuk tidak dapat menolong korg…

Dan yang terakhir sekali dengan kumpulan 4 ni….,walaupun aku ngn golongan pertama,kedua dan ketiga ni agak kurang puas hati ngn korang.Kalo nk ikut marah sampai bila pun x setel.Setelah aku diskus dgn oc,korang x perlu lah dihadapkan ke co.Takut2 nti korang masuk dalam list kena buang kang.Sebab ada ura-ura kata kita ni dalam proses nk buang org.Kalo x pcaya korg dgr sniri dato’ Ramlan ckp masa dia dtg UPNM 20 Sept ni.Sapa yang agak byk kes tu jaga2 la..Korg x perlu risau,korg cuma perlu gating ja next week.Setel.Habis citer.Kiranya tu lastlah yang aku bley tlg,masa diskus dgn oc td..

Rumusan:Sepanjang gating yang aku pernah sertai(mcm pertandingan la plak),gating kali ni merupakan yang paling berat sebabnya;

1)Aku kena jadi I.C sampai ada surat perintah dilekat depan lif suruh aku buat laporan.

2)Lawatan mengejut oc ketika yang hadir cuma 6 orang daripada 52 org membuatkan dia makin x percaya pada pesalah

3)Oc call guard room tiap kali kami gating untuk kepastian strength menyebabkan staf terpaksa jadi skema dengan kami.

4)Staf jadi cuak nak tolong skipkan gating kami,cuak untuk buat tidak endah kepada strength yang melapor,everything diorg terpaksa proper sebab takut kantoi ngn oc…

5)Pesalah yang melapor terlampau sedikit kdg-kdg 6/52 orang,12/52 orang dan paling byk pernah capai 24/52 orang(ini data yang jujur punya la).Lt Kdr Hardy (duty officer) yang dok kat guard room waktu tu, tgk dari jauh pun dia dah taw strength kita.So xleh la aku nk alter lapor kat dia waktu tu.

konklusinya…..berat giler jadi ic nih…yang plg berat adalah untuk jadi adil pada sumer org. Aku dah bertobat tanak jd lg….buat tambah dosa aku mengelentong ja

Comments
  1. vangardx says:

    bro aku tergolong dalam golongan keempat, aku tak tau nama aku naik, lebih2 lagi pas cuti aku diluluskan so bagi aku kira clear la, kalau aku tau aku kena gating mesti aku dah cari org ganti, ape2 pun nice blog, kalau kau minat nak post apa2 pasal upnm aku memang kekurang author utk blog upnm tak gerak2 lagi sampai skang, sebab takde support, harap kau leh support once kau dah tau basic wordpress nie😀

    syam

  2. Trojan says:

    Ish2.kna bg oc mende nih…
    Untuk yng lain..aku da tukar dalam pembikinan web..Mungkin ke http://afham.blogmas.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s