Benarkah Wanita Memerlukan Lelaki…?

Posted: September 19, 2007 in Uncategorized

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?

Saya mempunyai seorang rakan, kejernihan wajah sempurna pada pandangan, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia agak rajin ke masjid Al-Jazari, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani anda sepanjang hayat, membimbing kelakuan anda, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar anda dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan anda zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan anda. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, anda, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila anda mempersilakan seorang lelaki duduk di samping anda untuk sepanjang hayat, bererti anda harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika anda mendengar ada di kalangan anda, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika anda bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada .Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada anda, tetapi anda harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, anda dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, anda tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga anda mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, anda ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, anda wanita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, anda terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati ? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, anda adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka anda pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Anda mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Anda mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi anda bahagia dalam dakapannya.

Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik…

Comments
  1. aizat afifi says:

    alhamdullilah…tulisan ilmu yg cukup menarik…
    harap saudara dapat menulis di web kami dalam ruangan yg telah kami sediakan..

    p/s:ushar2la tgk kat http://semesra.com

  2. Trojan says:

    mmg perlu mengikut logiknye!!

  3. msrizal says:

    Siapa laki tu ? Muadz ke? OO..ko cakap pasal dia kat belakang ye?(“,)

    Nak tambah sikit;
    Selalunya apabila memilih yang terbaik kita sering lupa bahawa insan itu tetap insan. Pasti ada kekurangan.

    Jangan judge seorang bakal suami atau bakal isteri itu sempurna sebelum kahwin.
    Kelak hanya keburukannya yang kita nampak.

    Dah tak boleh cakaplah bahawa seorang rakan yang baik tu hendak menolak cinta. Bahkan dia mahu tetapi redho Allah lebih perlu, dakwahnya lebih bermadu dan kemanisan cinta isteri impiannya itu adalah lebih bermutu…

  4. mestla perlu..dah th bertanya pula..

  5. ieda says:

    saya tlh mengenali seseorang selama 7 tahun lamanya sehingga kami mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan. dia seorg yg sgt sempurna dimata keluarga dan rakan2 saya. sehinggakan rakan-rakan saya mengatakan bahawa saya sgt bertuah memilikinya. namun mereka tidak memahami dirinya sprt yg saya. dia sgt cemburu orgnya. sehinggakan saya tidak langsung boleh berkawan dengan mana2 lelaki. saya lgsg tidak pernah menghalang dia untuk berkawan dgn mana2 perempuan. tetapi… sejak kebelakangan nie, saya sudah merasa bosan kerana hidup saya bagai diatur2… apa yg perlu dan apa yg tidak boleh saya lakukan. sehinggakan saya keluar bersama kawan2 dikatakan bahawa saya ingin keluar menjual diri… klu dia sendiri apa fikiran.. kenapa saya mesti nak menjualkan diri saya sedangkan saya tidak pernah membenarkan dia menyentuh tubuh saya… kenapa dia tidak berfikiran sedemikian…..
    kini saya telah menemui seorang lelaki yang saya rasa telah membuatkan saya jatuh cinta… rupanya langsung tidak menarik perhatian sesiapa….sekali pandang orang akan mengatakan bahawa dia orng gila…pakaiannya yang comot, berkaki ayam, rambut panjang, berjanggut panjang dan berkulit hitam akibat daripada selalu berjemur di bawah panahan matahari. sungguh pun begitu, dia memiliki syarikat perniagaan sendiri, sngat baik hati dan sangat menghormati wanita. karakternya amat berbeza dgn tunang saya. bergaya, smart tetapi pemikiran yang agak kolot. selalu memandang serong kepada saya… tolonglah saya dalam meleraikan kekusutan ini……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s