CERITA MENARIK TENTANG MB BARU PERAK…

Posted: March 21, 2008 in Uncategorized

Assalamualaikum. …..
>
> E.mail dari seorang sahabat…
>
>
> Baru balik dari sebuah kampung yang telah dilawati
> oleh Menteri Besar Perak yang baru. Ia merupakan
> satu lawatan tidak rasmi….satu ziarah ke atas
> keluarga mangsa kilang tepung yang terbakar dan
> meletup di Lumut semalam. Mangsa telah disemadikan
> malam semalam.
>
>
> Aku tumpang berbangga kerana hari ni telah
> berpeluang mengiringi YAB MB Perak yang baru…..U
> all nak tahu…..”radio car” pun dok belakang kereta
> aku tau…hehehheheh pasal aku dok depan sekali
> mengiri rombongan MB tersebut. Dalam pada tu….ada
> jugak orang2 kampung yang berasa hairan dengan
> kehadiran polis2 yang mengiringi YAB MB Perak
> tersebut…. .sebelum sampai rumah keluarga
> tersebut, siap bunyi siren lagi. Orang2 kampung rasa
> heran pasal ada radio car…..apa depa ingat MB
> selain BN tak berhak dilayan macam tu
> ker…..hapaaaa punya pemikiran. He is still our MB
> no matter from which party he came from…..Keep in
> mind MB ialah Ketua Eksekutif dalam negeri bukannya
> Ketua Parti dan bukan hanya mewakili mana2 parti
> sahaja.
>
>
> Aku berpeluang dok dekat MB masa kat dalam rumah
> keluarga mangsa tu. He is very,very,very humble
> person….masuk2 terus dok bersimpuh dan jumpa
> dengan keluarga mangsa. Supprisingly. …tiba-tiba
> dia terus mengetuai bacaan Tahlil.
>
>
> Tanpa kusedari…. .aku sebak dan terus menitiskan
> air mata …..bukan kerana sedih dengan kehilangan
> mangsa (aku pun tak kenal sangat dengan family tu)
> tetapi kerana tindakan MB tu sendiri yang jarang2
> kita lihat ada pada pemimpin2 lain. Mungkin situasi
> ni dah jadi biasa di kalangan pemimpin2 di Kelantan
> tapi bagi kami yang di Perak ni mungkin agak asing
> dan belum pernah lagi tengok dilakukan oleh MB2
> Perak lain yang sebelum ni (sejak aku dilahirkan di
> dunia ni laaaa). Touching sangatttt, dengan anugerah
> dari ALLAH tu.
>
>
> Walaupun ia merupakan satu pertemuan yang cukup
> singkat tetapi kesannya cukup mendalam bagi
> diriku…mungkin orang2 lain yang hadir dalam majlis
> ringkas tu tadi turut merasai apa yang aku
> rasa…..Dengan “tersentuhnya” hati-hati yang hadir
> dalam majlis itu tadi, moga2 ianya akan meningkatkan
> lagi ketakwaan kita pada Allah….InsyaAllah .
>
>
> Macam biasalah…. aku tetap tak kan melepaskan
> detik2 manis bersama YAB MB begitu saja. So….aku
> sempatlah capture few photo dan juga ucapan ringkas
> YAB MB sebelum keluar dari rumah mangsa untuk
> dikongsi bersama u all semua.
>
>
> Keluar2 rumah….terus “diserbu” oleh TV3. YAB MB
> terus ditemuramah oleh TV3 & aku pun tumpang sekaki
> dok dekat2 YAB MB….hehheheheh. Tapi dalam hati aku
> terus berkata2 ” boleh pecaya ker dengan TV3
> ni……temuramah dekat 5 minit…..kluaq tv,
> tinggal 3 saat..hahahah. Pada aku….budak2 TV3 tu
> cukup bagus dan seronok dengan MB baru tapi bila
> sampai ke tangan Penerbit…. paham2lah. Silap ari
> bulan gambaq pun jadi still….hehehe. Last2 pembaca
> berita jer yang bercakap ” MB Perak berkata….. bla
> bla bla”, sampaikan kita nak dengaq suara MB pun tak
> dapat….kejam. …kejam
>
>
> Hangpa buatlah camtu sampai bila2 TV3 ooooooiiiii.
> …dah terbukti tindakan hangpa yang melaporkan
> berita yang berat sebelah tu telah berjaya
> menumbangkan BN yang cukup ” Power Rangers ” satu
> ketika dulu. Rakyat sekarang tak lagi kempunan kalau
> tak dapat tengok berita hangpa kerana dah banyak
> media2 lain yang boleh dijadikan pilihan…..
> .TVKelantan ada, TVPAS ada and off course YouTube
> macam2 ada, MalaysiaKini, MalaysiaToday dan banyak
> lagi…..
>
>
> Rasa2 cukuplah sampai di sini dulu…..dan sudah
> pasti berita yang aku sampaikan ni ahead daripada
> mana2 berita yang dikeluarkan oleh RTM mahupun TV3.

Comments
  1. M. Aminul says:

    alhamdulillah. semoga pemerintahan Perak sekarang diberkati.. amin… (bangga aku jd anak perak) huhu

  2. masfizah says:

    semue pemimpin ade style masing2..bila tun dr mahathir lawat kampung aku pun dia duk atas lantai (kami 1 kg)…bergantung pada diri pemimpin itu sendiri..
    kita xboleh nilai org dari luar…
    kenal dulu seseorang dgn mendalam sblm nilai dari luaran

  3. msrizal says:

    InsyaAllah negeri ini bakal dilimpah berkat..

  4. fuzi says:

    itulah dia pemimpin sejati,berilmu dunia&akhirat.aku rasa cukup bangga dgn apa yg berlaku.sbg anak perak ,aku tabik spring pd YAB MB PERAK .Maksud HADIS RASUL (SAW):sesungguhnya rakyat itu mengikut AGAMA\CARA HIDUP pemimpin mrk……….RENUNG2KAN…….

  5. fiefa says:

    hope sume pemimpin cam 2…klu la aku da kat tmpt ko,aku pun akan trharu

  6. coffeecart says:

    MB perak baru memang best!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s